My Blog List

Thursday, April 7, 2011

Kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup?


ps:ehem2...gambar ini tidak ada kena mengena dgn ceritera d bawah..upsss!!!


1. Arkitek sangat sabar orangnya. Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak'... ngan client kalau design diorang x best.. Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la.. 2. Arkitek tak kisah berjaga malam. Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang. Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa. 3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesen lain. Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan. 4. Jimat kos buat rumah. Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen.. Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai). 5. Rumah bersepah tak ape. Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek) Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain! 6. Kretip. Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client. Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la). 7. Sensitip. Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik. Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la. 8. Secure! Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la. Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya. .... Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey.. Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi) [p/s: artikel ni tade kaitan ngan penulis okeh, penulis budak kos lain! hahaha]

4 comments:

Muniza said...

entry yg menarik! :D

fauzan mokhtar said...

kenapa anda berkata sedemikian??haha bgus2 i like...hee

Emma said...

betul2 emma sokong... life as Interior designer pun lebih kurang jer macam Arhi... hahaha

Impiana Mayana said...

heeeee~ meh baca yg versi saya punya plak.. :D

http://impianamayana.blogspot.com/2011/04/suamiisteri-berkerjaya-arkitekurban.html