Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.
Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda didalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.
Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
1 . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
2. Melayu Yunan di Terengganu
3. Melayu Minang di Negeri Sembilan
4. Melayu Aceh di Perak
5. Melayu Mandailing di Perak
6. Melayu Rawa di Perak
7. Melayu Riau di Johor
8. Melayu Bugis di Johor
9. Melayu Kerinci di Selangor
10. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
11. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
12. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
13. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
14. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak
Lebih menarik, kajian ini membuktikan Orang Asli di Semenanjung bukan tergolong dalam satu keluarga Austronesia dengan orang Melayu. Sebaliknya mereka menyatakan Orang Asli di Semenanjung berasal dari Afrika yang berhijrah sejak 40 ribu tahun dahulu ke Semenanjung dan seterusnya ke Papua New Guinea (pulau-pulau Polynesia) dan Australia. Bagi saya, dakwaan ini ada benarnya kerana Orang Asli di Semenanjung berambut kerinting dan berkulit gelap persis orang Negro. Bezanya rambut mereka lebih lebat.
No comments:
Post a Comment